~SALAM~
Semalam kat office ada kelas mengaji.. Wahh.. Spesel
kan.. Ieka pun tak ketinggalan join.. Nasib pun tak busy semalam.. Kelas
ni kejap je.. Dalam setengah jam.. Tapi ok la kan.. Isi padu! Lame-lame
kang susah pulak.. Customer call satu office tak de.. Ha..sudah~~ haha..
Walaupun sekejap tapi tersedar jugak la bila haji tu bagi tazkirah pendek.. Lagi best bila kitorang semua disambut dengan ucapan SELAMAT DATANG KE TAMAN SYURGA.. ha kau.. Sejuk telinga Ieka dengar~Terima kasih haji..
Walaupun sekejap tapi tersedar jugak la bila haji tu bagi tazkirah pendek.. Lagi best bila kitorang semua disambut dengan ucapan SELAMAT DATANG KE TAMAN SYURGA.. ha kau.. Sejuk telinga Ieka dengar~Terima kasih haji..
Salah satu dua tiga benda yang Ieka dapat semalam:
1) Kalau nak anak-anak pandai mengaji, mesti mula dari ibu bapa.. Kita mesti tegur anak-anak.. Kalau ibubapa tak pandai mengaji.. Tak pe, ibubapa tu pun boleh belajar.. Jangan malu.. Nak tuntut ilmu tak perlu malu..ok!
2) Al-Quran ni sendiri ada roh dia.. Misalnya kalau kita meninggal, tak de siapa akan bantu kita nanti.. Cuma amalan kita.. Jadi, bila kita rajin baca Al-Quran, Roh Al-Quran ni sendiri akan bersama dengan kita bila kita disoal dalam kubur kelak.. Lebih kurang macam tu la aku dengar haji tadi cakap.. Tolong betulkan kalau saya salah ^.^
Nabi
Muhammad saw telah bersabda:
”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran
adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”.
Al-quran
merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat.
Kita hendaklah sedaya
upaya cuba istiqomah membaca Al-quran
setiap hari
sebab al-quran akan menuntut haknya
di akhirat kelak,hak al-quran
hendaklah kita khatam
membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap
hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran,sekurang-kurangnya
satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,
satu ain atau setengah ain.
3) Al-Quran ni tak boleh dibaca dalam rumi.. Sebab kita kena baca ikut mahraj dia..
Al-Quran hanya boleh dibaca mengikut kaedah bahasa Arab yang sesuai
dengan Rasam Uthmani saja bagi mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada
kesalahan makna. Usaha mempelajarial-Quran adalah fardu ain
bagi orang Islam,
malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar
al-Quran dan mengajarnya”
(Riwayat Bukhari). Bahkan dengan membaca al-Quran,
seseorang itu
memperoleh pahala dan kebajikan seperti sabda
Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah,
maka
ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan
itu akan dibalas
dengan sepuluh kali ganda.” (Riwayat Tirmizi).
4) Bacalah Al-Quran mengikut lajah Arab.. Itu satu kemuliaan bagi Al-Quran sebab Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab..
Ha..lebih kurang gitu la.. Kalau salah betulkan eh.. ^.^ Semalam kitorang belajar basic je dulu.. Walaupun ada antara kita yang pandai mengaji.. Tapi mungkin sebutan kurang tepat atau harkatnya tidak betul.. So, bagi Ieka kelas ni berguna sangat.. Tapi kitorang belajar ramai-ramai.. Macam kat sekolah agama tu.. Ramai-ramai sebut..haha.. Kool je mak-mak bapak-bapak orang pun ade! Haa..gitu la..
Sekian..
c u then!
1 comment:
betul tuh . tahu membaca arab tak semestinya tahu membaca al-quran dengan betul .. kita perlu belajar lagi dan lagi :)
Post a Comment