Tuesday 16 April 2013

Bahan Yang Diperlukan Untuk Buat Passport

~SALAM~ 
Huh.. Maaf dah lame tak update blog.. Macam la ade orang nak baca kan.. Haha.. Macam-macam benda nak cakap.. Tapi semua tak tercakap.. Nak update blog pun tak sempat.. Maklumlah, sekarang meng-utilizekan masa kat office sebaik mungkin.. So that, all tasks will be done within office hour & tak payah la balik lambat.. Boleh balik n lepak ngan family.. Ha..gitu.. *intenet pun cam heck sekarang neh!
Ok.. Sekarang nak kongsi sikit pasal passport.. Cemana nak buat & apa dokumen yang diperlukan untuk passport ni.. Ha.. Passport ni wajib untuk mereka yang nak keluar negara tau! Even ke negara jiran seperti Singapore.. Walaupun ramai yang dah tau or dah ada passport.. Ieka nak kongsi jugak.. Mana tau ada yang baru nak buat ke, yang bakal buat ke, yang kurang tahu ke apa-apa je la.. Ieka akan terangkan dalam bahasa yang paling mudah.. Berdasarkan pengalaman Ieka buat passport baru-baru ni..

BAHAN-BAHAN WAJIB YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PASSPORT:
# Tuan punya badan
# Sekeping IC yang original (MYKAD)
# IC Fotostat
# Gambar Passport (latar belakang biru)
# Sebatang pen (untuk memudahkan isi borang)
# Duit secukupnya
   * 2 Tahun = RM 100
   * 5 Tahun = RM 300
BAHAN-BAHAN SUNAT UNTUK DIBAWA:
# Novel (kepada yang suka baca novel sahaja)
# Pakwe / Kawan / Adik-beradik dan sebagainya
# Segala gadget di mana hak penjagaan di bawah tanggungan sendiri
# Benda-benda yang korang rasa korang boleh hilangkan bosan masa menunggu kang

** Masa Ieka pergi haritu cuma perlu isi satu borang kecik yang akan dibagi masa amek angka giliran..


PENGALAMAN:

A day before Ieka nak pergi tu Ieka call dulu imigresen yang Ieka nak pergi.. To make sure yang imigresen tu operating on the next day.. Nasib la rajin nak call, sebab ingat nak pergi PUTRAJAYA punya.. Call-call, die cakap tak bukak. So orang tu suggest pergi kat UTC PUDURAYA.. Aik? Kan da pelik, tak tau pulak PUDURAYA ada imigresen bagai..hehe..teruk nau~ So, Ieka call UTC pulak.. Orang tu cakap "cik datang la pagi-pagi..kite bukak 8.30 pagi..memang kite bukak sampai 8.45 malam..tapi takut kite stop da bagi nombor kalu datang lambat..orang ramai.."
So, malam tu prepare semua bahan yang diperlukan.. Tido awal sebab nak fighting amek nombor awal-awal esok pagi.. Mimpi pergi imigresen pulak malam tu -.-'' Haha.. Esoknya 8.30 pagi Ieka da kat UTC.. Konon jadi top 10 la kan.. tengok-tengok dapat nombor 1051.. he'eh! Sekarang baru nombor 1003! So, tunggu je la sampai 1051 tu.. Dalam 2 jam jugak nak tunggu sampai giliran.. Nasib baik bawak bahan-bahan sunat kat atas tu.. So, baca la novel sampai nombor sampai..

Nengok.. Datang 8.30 pagi pung dapat no 1051...


Sesampai je nombor Ieka, Ieka pergi la kat akak tu.. Aduh~ Alien ke aku neh?? Bape kali akak tu suruh betulkan jari nak detect thumb-print.. Tak boleh jugak.. Last-last akak tu cakap, "adik, IC adik kena tukar la.." Ieka pun cam nak pengsan dengar.. Adeh.. tunggu lama.. IC rosak pulak..

Nasib baik la dalam dunia yang makin canggih ni semuanya di hujung jari.. Semuanya dipermudahkan bagi manusia-manusia yang sibuk dengan kehidupan yang sibuk-sibuk belaka.. ceh~

Kalau nak tau, kat UTC tu boleh kata semua pejabat ada.. Dah nama pun Urban Transformation Centre kan.. Contohnya yang Ieka pasan masa tu:

# Imigresen
# Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
# Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
# Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
# Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
# Jabatab Pengangkutan Jalan (JPJ)
# Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 
# PTPTN pun ade ouh!  
# Dan lain-lain ^.^

So, bertemankan bahan sunat di atas.. Ieka berjaya selesaikan semua, dari passport ke IC baru dalam 5 jam.. Uhuk~uhuk~ ^.^''

Kalau buat IC baru, dapat dalam 24 jam.. So, esoknya datang balik amek IC baru yang muka kembang & tudung senget!


 
Dah 5 jam bertarung.. Barulah dapat jumpa bahan sunat no. 2 kat atas.. ^.^

Sekian perkongsian..

c u then!


Sunday 24 March 2013

Love | Glad To Have Them

~SALAM~






Nurul Afiza MY yang sentiasa ada masa susah dan senang..
Thanks for being my sahabat dear..
Kalau orang dulu-dulu mesti dorang cakap..
"Nanti kita ada anak, kita jodohkan anak kita tau.. Dapatlah kita berbesen berbesan.."
Mau ka?? 
Hahaha.. Thanks for your motivation & advice!
Love Love Love
Status: TAKEN~ 

Abdul Aziz AR yang sentiasa sabar dengan Ieka..
Juga sentiasa ada masa susah dan senang..
Selalu ingatkan untuk bersyukur dengan apa yang ada..
Thanks for your motivation & support!
Status: TAKEN~ 

Haziq Irfan H yang selalu buat orang ketawa..
Yes.. Orang yang first time jumpa dengan dia pun akan sembang macam da kenal pulohpuloh tahun..
Thank you for being positive..
Thanks for your motivation & advice!

Status: TAKEN~ 





...THANK YOU....




Wednesday 20 March 2013

Lesson | Endless Knowledge

~SALAM~


There are several things that I learnt during MATTA Fair.. It is very useful for me to improve myself in future.. Here I will share those things, so that it will become a reminder to me as well as to all of you in the future.. 

1) DON'T EVER THINK THAT YOU ARE GOOD ENOUGH..
Do not think you that are good enough.. Always be humble and do share your knowledge with others.. In fact, the more you share an idea or info with others, the more knowledge you gain.. If there is someone who asking you something, do explain well.. AND DO NOT LOOK DOWN ON OTHERS.. The person might not know the information and that's why he/she asking.. NEVER BE ARROGANT.. and do remember.. Knowledge is endless learned!

2) THE MORE PEOPLE YOU MEET, THE MORE KNOWLEDGE YOU GAIN, THE MORE SITUATION YOU EXPERIENCED 
It is not enough if you just sitting alone and do everything by your own.. Do mix with other people and try to make good relationship with others.. They might help you in the future.. Do share stories with others, who knows, they will open up your mind and make you think wisely.. A GOOD RELATIONSHIP WILL LAST LONG!

3) DO COMMUNICATE WITH EXPERIENCED PEOPLE OR SENIOR
Experienced people or senior will help you a lot in solving your problems.. But, if you face a senior that is very arrogant and look down on you.. DO NOT GIVE UP.. Do speak to others.. There are so much more people who are willing to help you out.. Talk to them.. A GOOD TEACHER NEVER LET THEIR STUDENT DEMOTIVATED!

4) VOICE OUT IF THERE IS A PROBLEM
No one will know what is your problem if you don't voice out.. Do share with others and ask them for help.. There is nothing wrong in learning.. NEVER HIDE YOUR PROBLEMS..

Those are the things that I learnt/experienced during MATTA Fair. Please do not look down on others no matter how high the position we are.. 

THOUSAND THANKS TO HALL 2:
*KAK IDA*
*ABG SHAHRUL*
*KAK KEMA*
*KAK DAYAH*
*ABG AMIN*
*ABG FARISH*
*DILLA*
*UMI MAWI*
*KAK NON*
*ABG MAS*
*KAK FIENA*
*LAN*
*BUNGA*
*IEKOY*
*IJA*
*KAK NAJLAA*
*KAK EKIN*
*SAUFIE*

THANKS JUGAK KAT TOK WAN (KAG TRAVEL)
SEBAB BELIKAN ASKEM & BAGI BELON =D


** apologize for grammar mistakes, need to improve my English, sebab kerja fully Malay**

 c u then!

Tuesday 19 March 2013

Sesi Bergambar Di MATTA Fair

~SALAM~

It's been a long time that I don't update my blog.. Ouh.. Rindu rasanya.. Rindu nak g raya blog kengkawan, rindu nak join GA, rindu nak semakkan chatbox orang.. Bukan stakat xsempat hapdet.. Bukak blog pun tak de masa.. Pity Me.. Ni semua sebab sekarang dah start busy.. Lagi-lagi nak dekat MATTA Fair haritu.. Banyak request masuk.. Nak wat invitation tok korang dtg MATTA Fair haritu pun xsempat.. Maaf.. Tapi mesti ramai tau pun kan.. Xpayah jemput.. Mesti ramai yang datang haritu.. Entah-entah Ieka ade serve salah sorang dari korang.. Cuma kita tak kenal.. Hehe~

So, as for now.. Ieka nak gam kuat-kuat kat sini gambar yang sempat diamek haritu.. Pada hari yang bahgia MATTA Fair haritu, Ieka telah ditabalkan jadi RATU TURKI.. It is because we are promoting 10D7N TURKI FULLBOARD with the lowest price ever! Only RM4888.. And the most interesting part is that it will cover 7 district of TURKI.. haha.. Kan best kalau sape yang kena pakai costume tu dihantar ke TURKI.. OuhOuhOuh~


MATTA Fair pass
Auntie yang sangat excited tengok baju TURKI

Syamirul Farhan..tiba-tiba terjumpa dia kat sana..

Adik kecik yang datang mintak bergambar bersama..

Mereka sangat sporting..

Sama-sama kena pakai costume..

Kak Dayah yang sweetsweet.. *wink!

Semuanya sempoi!

Hak belah kiri tu costume for man.. Hak tengah tu dok nyemak..haha..

Semak kat booth orang.. * nice meeting you TITA YULIANTI..

TURKI TURKI!

Masih menyemak di booth orang..

SEKIAN..

Sunday 3 March 2013

Rem - Selingkar Kasih

~SALAM~

Selalunya pergi kerja pagi-pagi mak atau abah hantar.. So dalam hari Rabu haritu mak yang hantar naik kereta.. Kalau dah nama pun mak-mak pak-pak yang hantar.. Radio dalam kereta mesti nak klasik.. Tak de can nak tukar Hot.fm ke Era ke.. -.-"

So, telinga ni dah macam dah lali nak dengar lagu suara dulu-dulu yang macam opera cina..harharhar.. 

Tapi haritu tiba-tiba keluar lagu REM - SELINGKAR KASIH.. fulamak! Lame giler tak dengar lagu neh~ Cam rindu zaman-zaman kecik dulu.. Maklumla..lagu ni kan masa kita kecik-kecik dulu..  Bez kot lagu neh.. So, balik rumah carik kat youtube.. Layan~~

Okeh! Kasi karaoke version punya untuk orang yang suka karaoke macam aku~ Suara tak sedap..tapi ape aku kesah..janji puas..haha.. 



Sekian..

c u then!

Saturday 2 March 2013

Berpeleseran Di Times Square

~SALAM~


Ok.. Dah pukul satu! Cepat-cepat kemas barang..shut down komputer! Haha.. Ni la yang jadi tadi.. Abes je waktu keje, trus cepat-cepat nak balik.. Ni sume sebab nak jenjalan kat Times Square (TS)..

Lama giler tak pergi sana.. Busy la konon..puii~~ ^.^ Masa nak pergi.. Mak ai ramainya manusia.. Maklumla hujung minggu pulak.. Sabar je la.. Tambah ngan baru gaji lagi.. Hamboi..dapat gaji sume nak nyopping..

Tak puas pun jalan tadi.. Kalau ikutkan nak jalan kat TS kena satu hari yang padu.. Maksudnya, dari pagi sampai malam..haha.. Baru puas.. Semua kedai nak masuk.. Padahal sama je pung! Tapi nak jugak masuk..aiseh~~

Niat hati nak beli baju yang dah berkurun pending nak beli..tuptup sampai.. Dah tak de.. Semua kedai dah tak de baju tu...! Ok, lepas ni kalau nak beli baju..trus beli ok! TS memang cepat update baju die.. 

Ramai tak ramai takk??
Ni bukan gambar tadi pun..hahaha..
Pinjam kat pakcik google je..


Hok ni gambar tadi.. Tah ape kena  si Dila ni.. 
Sibuk sangat nak posing cam model tu.. 

Lagi sekali... 

Iza 

Iwani & IekaZalikhaMS 

Iwani & Adilla 

Sempat beli satu baju.. Cam syok je tengok baju ni..
Tak mahal, RM10 je.. 


Yang ni pung RM10,, Beli ngan Kekekla...
Yang suka baju ni ayat dia..
Pulih sikit semangat..hehe... 

LIFE IS LIKE RIDING A BICYCLE..
IN ORDER TO KEEP YOUR BALANCE..
YOU MUST KEEP MOVING..


Sekian..


c u then!



Selamat Datang Ke Taman Syurga

~SALAM~

 
Semalam kat office ada kelas mengaji.. Wahh.. Spesel kan.. Ieka pun tak ketinggalan join.. Nasib pun tak busy semalam.. Kelas ni kejap je.. Dalam setengah jam.. Tapi ok la kan.. Isi padu! Lame-lame kang susah pulak.. Customer call satu office tak de.. Ha..sudah~~ haha..
Walaupun sekejap tapi tersedar jugak la bila haji tu bagi tazkirah pendek.. Lagi best bila kitorang semua disambut dengan ucapan SELAMAT DATANG KE TAMAN SYURGA.. ha kau.. Sejuk telinga Ieka dengar~Terima kasih haji..



Salah satu dua tiga benda yang Ieka dapat semalam:

1) Kalau nak anak-anak pandai mengaji, mesti mula dari ibu bapa.. Kita mesti tegur anak-anak.. Kalau ibubapa tak pandai mengaji.. Tak pe, ibubapa tu pun boleh belajar.. Jangan malu.. Nak tuntut ilmu tak perlu malu..ok!

2) Al-Quran ni sendiri ada roh dia.. Misalnya kalau kita meninggal, tak de siapa akan bantu kita nanti.. Cuma amalan kita.. Jadi, bila kita rajin baca Al-Quran, Roh Al-Quran ni sendiri akan bersama dengan kita bila kita disoal dalam kubur kelak.. Lebih kurang macam tu la aku dengar haji tadi cakap.. Tolong betulkan kalau saya salah ^.^


Nabi Muhammad saw telah bersabda:
”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”.
 Al-quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya 
upaya cuba istiqomah membaca Al-quran 
setiap hari sebab al-quran akan menuntut haknya
 di akhirat kelak,hak al-quran hendaklah kita khatam 
membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap 
 hari kita melapangkan masa untuk membaca al-quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat,
satu ain atau setengah ain.

3) Al-Quran ni tak boleh dibaca dalam rumi.. Sebab kita kena baca ikut mahraj dia..

Al-Quran hanya boleh dibaca mengikut kaedah bahasa Arab yang sesuai dengan Rasam Uthmani saja bagi mengelakkan kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan hukum tajwid kerana kesilapan itu boleh membawa kepada kesalahan makna. Usaha mempelajarial-Quran adalah fardu ain bagi orang Islam,
 malah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar 
al-Quran dan mengajarnya” (Riwayat Bukhari). Bahkan dengan membaca al-Quran, 
seseorang itu memperoleh pahala dan kebajikan seperti sabda
 Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, 
maka ia akan mendapatkan satu kebajikan dan setiap kebajikan
 itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda.” (Riwayat Tirmizi).

4) Bacalah Al-Quran mengikut lajah Arab.. Itu satu kemuliaan bagi Al-Quran sebab Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab..

Ha..lebih kurang gitu la.. Kalau salah betulkan eh.. ^.^ Semalam kitorang belajar basic je dulu.. Walaupun ada antara kita yang pandai mengaji.. Tapi mungkin sebutan kurang tepat atau harkatnya tidak betul.. So, bagi Ieka kelas ni berguna sangat.. Tapi kitorang belajar ramai-ramai.. Macam kat sekolah agama tu.. Ramai-ramai sebut..haha.. Kool je mak-mak bapak-bapak orang pun ade! Haa..gitu la..

Sekian..


c u then!