Tuesday 16 April 2013

Bahan Yang Diperlukan Untuk Buat Passport

~SALAM~ 
Huh.. Maaf dah lame tak update blog.. Macam la ade orang nak baca kan.. Haha.. Macam-macam benda nak cakap.. Tapi semua tak tercakap.. Nak update blog pun tak sempat.. Maklumlah, sekarang meng-utilizekan masa kat office sebaik mungkin.. So that, all tasks will be done within office hour & tak payah la balik lambat.. Boleh balik n lepak ngan family.. Ha..gitu.. *intenet pun cam heck sekarang neh!
Ok.. Sekarang nak kongsi sikit pasal passport.. Cemana nak buat & apa dokumen yang diperlukan untuk passport ni.. Ha.. Passport ni wajib untuk mereka yang nak keluar negara tau! Even ke negara jiran seperti Singapore.. Walaupun ramai yang dah tau or dah ada passport.. Ieka nak kongsi jugak.. Mana tau ada yang baru nak buat ke, yang bakal buat ke, yang kurang tahu ke apa-apa je la.. Ieka akan terangkan dalam bahasa yang paling mudah.. Berdasarkan pengalaman Ieka buat passport baru-baru ni..

BAHAN-BAHAN WAJIB YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PASSPORT:
# Tuan punya badan
# Sekeping IC yang original (MYKAD)
# IC Fotostat
# Gambar Passport (latar belakang biru)
# Sebatang pen (untuk memudahkan isi borang)
# Duit secukupnya
   * 2 Tahun = RM 100
   * 5 Tahun = RM 300
BAHAN-BAHAN SUNAT UNTUK DIBAWA:
# Novel (kepada yang suka baca novel sahaja)
# Pakwe / Kawan / Adik-beradik dan sebagainya
# Segala gadget di mana hak penjagaan di bawah tanggungan sendiri
# Benda-benda yang korang rasa korang boleh hilangkan bosan masa menunggu kang

** Masa Ieka pergi haritu cuma perlu isi satu borang kecik yang akan dibagi masa amek angka giliran..


PENGALAMAN:

A day before Ieka nak pergi tu Ieka call dulu imigresen yang Ieka nak pergi.. To make sure yang imigresen tu operating on the next day.. Nasib la rajin nak call, sebab ingat nak pergi PUTRAJAYA punya.. Call-call, die cakap tak bukak. So orang tu suggest pergi kat UTC PUDURAYA.. Aik? Kan da pelik, tak tau pulak PUDURAYA ada imigresen bagai..hehe..teruk nau~ So, Ieka call UTC pulak.. Orang tu cakap "cik datang la pagi-pagi..kite bukak 8.30 pagi..memang kite bukak sampai 8.45 malam..tapi takut kite stop da bagi nombor kalu datang lambat..orang ramai.."
So, malam tu prepare semua bahan yang diperlukan.. Tido awal sebab nak fighting amek nombor awal-awal esok pagi.. Mimpi pergi imigresen pulak malam tu -.-'' Haha.. Esoknya 8.30 pagi Ieka da kat UTC.. Konon jadi top 10 la kan.. tengok-tengok dapat nombor 1051.. he'eh! Sekarang baru nombor 1003! So, tunggu je la sampai 1051 tu.. Dalam 2 jam jugak nak tunggu sampai giliran.. Nasib baik bawak bahan-bahan sunat kat atas tu.. So, baca la novel sampai nombor sampai..

Nengok.. Datang 8.30 pagi pung dapat no 1051...


Sesampai je nombor Ieka, Ieka pergi la kat akak tu.. Aduh~ Alien ke aku neh?? Bape kali akak tu suruh betulkan jari nak detect thumb-print.. Tak boleh jugak.. Last-last akak tu cakap, "adik, IC adik kena tukar la.." Ieka pun cam nak pengsan dengar.. Adeh.. tunggu lama.. IC rosak pulak..

Nasib baik la dalam dunia yang makin canggih ni semuanya di hujung jari.. Semuanya dipermudahkan bagi manusia-manusia yang sibuk dengan kehidupan yang sibuk-sibuk belaka.. ceh~

Kalau nak tau, kat UTC tu boleh kata semua pejabat ada.. Dah nama pun Urban Transformation Centre kan.. Contohnya yang Ieka pasan masa tu:

# Imigresen
# Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
# Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
# Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
# Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
# Jabatab Pengangkutan Jalan (JPJ)
# Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 
# PTPTN pun ade ouh!  
# Dan lain-lain ^.^

So, bertemankan bahan sunat di atas.. Ieka berjaya selesaikan semua, dari passport ke IC baru dalam 5 jam.. Uhuk~uhuk~ ^.^''

Kalau buat IC baru, dapat dalam 24 jam.. So, esoknya datang balik amek IC baru yang muka kembang & tudung senget!


 
Dah 5 jam bertarung.. Barulah dapat jumpa bahan sunat no. 2 kat atas.. ^.^

Sekian perkongsian..

c u then!


1 comment:

mrpolie said...

Saya baru lepas renew passport... skang gambar mesti background putih....